Selasa, 9 Oktober 2012

Borang Keahlian PPKW2012

Borang keahlian PPKW2012 boleh dimuatturunkan dari pautan berikut sekiranya ada ahli2 baru yang ingin mendaftar.

Borang Keahlian PPKW2012

Sekian, Terimakasih


Ahli Jawatankuasa Penaja PPKW2012

Ahli Jawatankuasa Penaja PPKW 2012
Sebagai kenang-kenangan dan untuk maklumat semua, berikut ialah senarai ahli jawatankuasa penaja PPKW2012

Dari kiri: En. Adi Harman (Timbalan Setiausaha), Dato' Jamal Hisne (Ahli Jawatankuasa), Dr. Mohd Rushdan Jailani (Timbalan Pengerusi), Ahmad Azhar (Setiausaha), Kapten (B) Ab Rahman (Bendahari), Dato' Yusoff Izzudin (Pengerusi), En. Nur Zakri Zakaria (Ahli Jawatankuasa), Puan Siti Khadijah (Sukarelawati)

Diharap AJK baru yang akan dilantik melalui Mesyuarat Agung nanti dapat meneruskan kesinambungan PPKW2012.

Mesyuarat Agung PPKW2012 Yang Pertama

Mesyuarat Agung Pertama PPKW2012 akan diadakan pada hari Sabtu 13hb Oktober 2012 di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan dari jam 8 pagi - 12.30 tengahari.

Di jemput semua ahli dan penduduk yang masih belum menjadi ahli datang beramai-ramai untuk mendaftar menjadi ahli dan seterusnya membuat undian untuk memilih AJK tetap persatuan untuk tahun seterusnya.

Beberapa program sampingan telah diatur dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dan juga Majlis Penbandaran Sepang bagi memeriahkan lagi majlis ini. Harap semua dapat hadir.

Notis untuk ahli ahli persatuan telah dihantar dan diedarkan pada 28hb September yang lalu.

Berikut adalah program hari tersebut


Tempat            :           Dewan Sekolah Kebangsaan Kota Warisan
Tarikh             :           Sabtu 13 hb Oktober 2012     
Masa               :           08.00 pagi

Aturcara

08:00 – 10:00             Ketibaan Hadirin
                                   Pendaftaran Ahli-Ahli

08:00 – 08.30             Berkumpul & Gotong Royong & Pelancaran Zon Bersih di Padang Bola
08.30 – 08:50             Bacaan Doa & Sarapan Pagi

08.50 – 09.10             Taklimat dari Yang DiPertua (YDP) Majlis Perbandaran Sepang
09.10 – 09.30             Taklimat Keselamatan dari Ketua Polis Daerah (KPD) Sepang

09.30 – 10.00             Dialog bersama MPS & IPD Sepang
10:00                          YDP MPS & KPD Sepang beredar    

10.00 – 10.05             Ucapan Pengerusi Majlis

10:05 – 10.20             Ucapan Pengerusi Penaja PPKW2012
                       
10:20 – 11:30             Pemilihan JawatanKuasa Baru Sesi 2012/2013
                       
11:30 – 12:00             Perkara berbangkit (Jika Ada)

12.00 – 12:30             Ucapan Penangguhan dari Pengerusi baru
                       
12:30                          Bersurai


Jom ramai2

Khamis, 19 Julai 2012

Berita Terkini - Julai 2012

Berita Terkini

Berikut ialah maklumat terkini perjalanan PPKW2012

1. AJK Penganjur PPKW2012 sedang cuba untuk mendapatkan temujanji dengan YDP Majlis Perbandaran Sepang (MPS) dalam masa terdekat untuk mengusulkan masaalah2 penduduk serta cadangan2 sedia ada seperti masaalah kebersihan serta pembangunan haram yang masih ada di Kota Warisan

2. AJK Penganjur PPKW2012 juga sedang bekerjasama dengan PDRM IPD Sepang untuk menempatkan kotak sekuriti di tempat2 strategik di Kota Warisan untuk menguatkan tahap keselamatan di Kota Warisan.

3. AJK Penganjur PPKW2012 juga sedang cuba mendapatkan sebutharga kabin bagi mewujudkan pondok polis di Kota Warisan supaya pihak IPD Sepang boleh menempatkan polis komuniti di Kota Warisan. Sesiapa yang dapat membantu pihak AJK harap dapat menghubungi kami untuk mendapatkan pembekal bagi tujuan ini

4. AJK Penganjur PPKW2012 juga sedang mengusahakan untuk bertemu dengan pihak berwajib untuk tujuan mempercepatkan pembinaan sebuah sekolah menengah di Kota Warisan. Setakat ini wakil Ahli Parlimen Sepang telah dihubungi dan satu pertemuan dengan Pejabat Pendidikan Negeri serta Kementerian sedang diatur.

5. Setakat hari ni jumlah ahli berdaftar PPKW2012 ialah seramai 142 orang. Diharap ramai lagi penduduk2 Kota Warisan dapat mendaftar sebagai ahli. Tolong war-war kan.

6. AJK Penganjur  PPKW2012 dalam mesyuarat yang lepas bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Agung secepat mungkin. Setakat ini tarikh yang diusulkan ada lah pada 23hb September 2012 dimana pemilihan AJK tetap akan diadakan bagi melancarkan lagi aktiviti2 persatuan dengan lebih jaya.

Sila hubungi kami untuk sebarang cadangan. Sekian, harap maklum.


Sekian,

Setiausaha PPKW2012
Bagi pihak AJK Penganjur PPKW2012

Ahad, 20 Mei 2012