Khamis, 19 Julai 2012

Berita Terkini - Julai 2012

Berita Terkini

Berikut ialah maklumat terkini perjalanan PPKW2012

1. AJK Penganjur PPKW2012 sedang cuba untuk mendapatkan temujanji dengan YDP Majlis Perbandaran Sepang (MPS) dalam masa terdekat untuk mengusulkan masaalah2 penduduk serta cadangan2 sedia ada seperti masaalah kebersihan serta pembangunan haram yang masih ada di Kota Warisan

2. AJK Penganjur PPKW2012 juga sedang bekerjasama dengan PDRM IPD Sepang untuk menempatkan kotak sekuriti di tempat2 strategik di Kota Warisan untuk menguatkan tahap keselamatan di Kota Warisan.

3. AJK Penganjur PPKW2012 juga sedang cuba mendapatkan sebutharga kabin bagi mewujudkan pondok polis di Kota Warisan supaya pihak IPD Sepang boleh menempatkan polis komuniti di Kota Warisan. Sesiapa yang dapat membantu pihak AJK harap dapat menghubungi kami untuk mendapatkan pembekal bagi tujuan ini

4. AJK Penganjur PPKW2012 juga sedang mengusahakan untuk bertemu dengan pihak berwajib untuk tujuan mempercepatkan pembinaan sebuah sekolah menengah di Kota Warisan. Setakat ini wakil Ahli Parlimen Sepang telah dihubungi dan satu pertemuan dengan Pejabat Pendidikan Negeri serta Kementerian sedang diatur.

5. Setakat hari ni jumlah ahli berdaftar PPKW2012 ialah seramai 142 orang. Diharap ramai lagi penduduk2 Kota Warisan dapat mendaftar sebagai ahli. Tolong war-war kan.

6. AJK Penganjur  PPKW2012 dalam mesyuarat yang lepas bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Agung secepat mungkin. Setakat ini tarikh yang diusulkan ada lah pada 23hb September 2012 dimana pemilihan AJK tetap akan diadakan bagi melancarkan lagi aktiviti2 persatuan dengan lebih jaya.

Sila hubungi kami untuk sebarang cadangan. Sekian, harap maklum.


Sekian,

Setiausaha PPKW2012
Bagi pihak AJK Penganjur PPKW2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan