Selasa, 9 Oktober 2012

Mesyuarat Agung PPKW2012 Yang Pertama

Mesyuarat Agung Pertama PPKW2012 akan diadakan pada hari Sabtu 13hb Oktober 2012 di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan dari jam 8 pagi - 12.30 tengahari.

Di jemput semua ahli dan penduduk yang masih belum menjadi ahli datang beramai-ramai untuk mendaftar menjadi ahli dan seterusnya membuat undian untuk memilih AJK tetap persatuan untuk tahun seterusnya.

Beberapa program sampingan telah diatur dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dan juga Majlis Penbandaran Sepang bagi memeriahkan lagi majlis ini. Harap semua dapat hadir.

Notis untuk ahli ahli persatuan telah dihantar dan diedarkan pada 28hb September yang lalu.

Berikut adalah program hari tersebut


Tempat            :           Dewan Sekolah Kebangsaan Kota Warisan
Tarikh             :           Sabtu 13 hb Oktober 2012     
Masa               :           08.00 pagi

Aturcara

08:00 – 10:00             Ketibaan Hadirin
                                   Pendaftaran Ahli-Ahli

08:00 – 08.30             Berkumpul & Gotong Royong & Pelancaran Zon Bersih di Padang Bola
08.30 – 08:50             Bacaan Doa & Sarapan Pagi

08.50 – 09.10             Taklimat dari Yang DiPertua (YDP) Majlis Perbandaran Sepang
09.10 – 09.30             Taklimat Keselamatan dari Ketua Polis Daerah (KPD) Sepang

09.30 – 10.00             Dialog bersama MPS & IPD Sepang
10:00                          YDP MPS & KPD Sepang beredar    

10.00 – 10.05             Ucapan Pengerusi Majlis

10:05 – 10.20             Ucapan Pengerusi Penaja PPKW2012
                       
10:20 – 11:30             Pemilihan JawatanKuasa Baru Sesi 2012/2013
                       
11:30 – 12:00             Perkara berbangkit (Jika Ada)

12.00 – 12:30             Ucapan Penangguhan dari Pengerusi baru
                       
12:30                          Bersurai


Jom ramai2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan